Sunday, August 7, 2011

Bab 1 ( EIYA SEBAGAI AKU )

     
         Akhirnya impian ku nak masuk Universiti X, tercapai juga dalam bidang perakaunan. Abang Faiz bukan main gembira lagi dan ayah pula tak henti-henti menelefon saudara-mara yang tinggal di kampung memberitahu khabar yang gembira ini. Aku pula memandang gambar mak yang tergantung kemas di atas dinding, kalau sekiranya mak masih hidup dia pasti gembira. Aku sempat juga memandang abang, dengan berpakaian uniform polis dia melompat kegembiraan. His, macam kanak-kanak riang. Abang ku merupakan seorang anggota polis yang memegang jawatan kedua tinggi di tempat kerjanya manakala ayah pula hanyalah seorang chef di Mediteranean Hotel. Tu pasal badan ku berisi bukan main. Hari-hari ayah masakan makanan yang sedap-sedap, berbeza dengan abang. Badannya kurus mungkin disebabkan terlalu sibuk dengan kerjanya sampaikan makan pun adakalanya dilupakan.
         "Eiya, mari kita jalan. Ayah nak carikan baju dan barang-barang keperluan kau." Uh, begitu semangat sekali ayah ku ni.
         "Faiz nak ikut!" Dengan lagak manja abang memaut lengan ayah, tetapi segera ditepis lembut oleh ayah.
         "Jangan nak macam-macam. Kau pergi kerja. Bertambah-tambah jenayah di bandar ni disebabkan oleh kemalasan kau." Aku tergelak mendengar bebelan ayah sampaikan abang pun mencebik bibir mendengarnya.
         "Faiz taulah Faiz siapa."
         "Erm, yalah tu. Anak ayah, macam ayah tak tau kau siapa. Dah, pergi kerja, dah lambat ni!"
         "Eiya, belikan abang KFC ya? Jangan lupa ya? Bye!" Setelah bersalaman dengan ayah, abang pun bertolak dari rumah dengan menggunakan kereta Viva kesayangannya tu.

*                        *                                *                                    *                                              *                

         Seharian berjalan-jalan dengan ayah memang sangat menyeronokkan. Ayah tak henti-henti membelikan barang apa saja yang aku minta. Even dress paling mahal pun dia belikan. Ayah, I love you so much! Bilik ku ni sekarang bersepah dengan barang-barang keperluan aku bila aku berada di Universiti X yang terletak di Johor nanti. Uh, tak sabar rasanya namun pada masa yang sama hati aku ni berat sangat nak tinggalkan rumah, ayah dan abang kesayangan aku tu. Apa taknya, seumur hidup aku, tak pernahlah aku berjauhan dengan mereka. Bolehkah aku membiasakan diri aku nanti bila berjauhan dengan mereka? Melakukan semua perkara tanpa abang dan ayah di sisi? Ah, pening aku memikirkannya.
          "Eiya!" Kedengaran suara garau abang menjerit memanggil aku. Awalnya dia pulang dari kerja hari ni, biasanya jam 2 pagi baru balik. Aku pantas keluar dari bilik ku dan berlari menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.
          "Awalnya. Abang curi tulang kah ni?" Aku sengaja mengusik abang ku dan dia pula terus saja menjeling ke arah aku.
          "Baik-baik sikit. Tak mainlah curi tulang. Hari ni awal sangat habis kerja, bos abang pun benarkan abang balik awal. Mana KFC abang?" Uh, pertanyaan abang membuatkan aku tersentap seketika. Baru aku teringat pasal kfc yang abang minta tadi pagi, aku lupa! Aku tersenyum memandang dia. Senyuman innocent.
          "Lupa lah tu! Memang kalau orang tu dah nak masuk U kan, abang sendiri dilupakan?" Mulalah tu nak merajuk.
          "Apa pula?" His, kuat merajuk mengalahkan perempuan. Aku merajuk pun taklah sampai macam ni.
          "Ok, sudah lah tu, Faiz. Jangan kacau adik kau lagi. Eiya, mari makan. Ayah, masakan spaghetti untuk kau ni. Yang paling sedap punya." Ah, ayah sayang betul aku dengan ayah.
          "Thanks ayah. Sayang ayah!" Aku memeluk erat ayah ku, tak sangka manja pula aku ni.
          "Habis tu aku ni macam mana? Tak ada spaghetti kah?" Abang Faiz juga tak mahu kalah. Menyampah juga aku kadang-kadang kalau abang aku berkelakuan macam ni.
          "Eh, mestilah ada. Saja tak nak panggil kau. Pergilah makan." Usikan ayah membuatkan abang aku tersenyum lebar. Kami sekeluarga makan dengan gembira macam ada event saja dalam rumah ni. Bukan setakat makan bersama, berkaroke pun sampai lewat malam. Terasa malam ni lah malam yang paling menyeronokan di mana buat pertama kalinya aku dapat enjoy sikit dan "bergila" bersama dengan ayah dan abang Kalaulah mak ada di sini, pasti keadaan akan bertambah meriah lagi.

            *                                       *                                          *                                                *

          Hari yang telah ditunggu telah pun tiba. 10 minit lagi penerbangan ku ke Johor. Sebelum check in, ayah sempat berpesan pada ku jaga diri baik-baik, belajar betul-betul dan buat dia merasa bangga terhadap diri ku. Abang juga ada berpesan kalau ada perempuan cantik kenalkan dia. Please lah! Tapi aku sangat terhibur. Di saat aku merasa sedih meninggalkan mereka, sempat juga aku mendengar lawak abang yang terakhir. Ayah ada juga mengucup dahi ku dengan penuh kasih sayang. Oh, terharunya sampaikan aku memeluk erat ayah ku tanpa memperdulikan orang di sekeliling ku. Apa yang penting aku mahu mereka tahu betapa bertuahnya aku mendapat ayah yang begitu penyanyang dan prihatin.
           "Jangan lupa call abang ya kalau ada yang cuba buli kau di sana? Nanti abang datang cari orang tu."
           Masih lagi aku ingat kata-kata abang. Sayang juga abang dengan aku ni. Aku hanya tersenyum bila mendengar pesannya. Sememangnya abang yang selalu melindungi aku kalau ada apa-apa masalah. Aku masih teringat lagi, ketika itu umur ku masi lagi 11 tahun, ayah berkahwin dengan seorang perempuan yang memang buat aku dan abang aku menyampah tahap gaban. Sudahlah hanya sekadar ibu tiri, menumpang di rumah orang tapi buat macam rumahnya sendiri. Depan ayah bukan main baik tetapi depan aku macam harimau kelaparan. Aku lah sering menjadi mangsanya. Balik saja dari sekolah, mesti aku dipukulnya. Tapi aku diam sebab aku tahu ayah sayangkan ibu tiri ku, ayah sangat memerlukan kasih sayang seorang isteri setelah mak meninggal dunia. Badan ku selalu saja ada kesan lebam tapi aku cuba sembunyikan sehinggalah waktu itu aku jatuh sakit. Ayah lagi tidak ada di rumah, ibu tiri ku memaksa aku mengemas rumah walaupun keadaan aku masa tu teruk macam nak mati saja. Kalau tak buat kerja betul-betul kena tendang, tampar dan macam-macam lah. Masa ibu tiri ku memukul aku, waktu itu jugalah abang Faiz sampai dari KL dan di depan matanya dia melihat aku teruk kena pukul. Abang bukan main mengamuk, ditariknya perempuan jahanam tu lalu ditamparnya.
            "Perempuan sial!" Itulah perkataan paling menakutkan keluar dari mulut abang. Bila ayah dapat tahu saja apa yang perempuan tu sudah lakukan terhadap aku, dicerainya talak tiga. Fu, hidup kami kembali bahagia. Bila teringat saja kenangan lalu, aku paling tak suka ada ibu tiri. Memang betul lah cerita Cinderella tu.
            "Hi, boleh tanya?" Seorang perempuan berambut pendek dengan berpakaian lelaki yang duduk di sebelah ku saja bertanya.
            "Ah ya?" Aku menjawab dengan nada lembut.
            "Ada gula-gula tak? Sorrylah, aku belum berus gigi ni. Malu pula bila orang dapat terhidu. Kau tak rasa apa-apa kah?" Terbeliak beb aku mendengar kata-katanya. Bila ku tarik nafas, memang ada bau macam susu basi. Aku pantas mencari gula-gula getah di dalam beg ku sambil menahan nafas.
             "Nah!" Hampir aku menjerit di dalam kapal terbang tu dan dia pula spontan mengambil semua gula-gula getah tu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya sekaligus. Penuh perasaan pula tu. Eish, menggelikan betul perempuan ni. Uh, perempuan tapi berpakaian lelaki.
              "Oh, thanks ya. Nama ku Mir." Dia mula memperkenalkan dirinya. Mir? Seriously, tu nama lelaki.
               "Nama sebenar tak ada kah?" Aku mula bertanya dia terdiam sejenak sambil memandang tajam ke arah aku.
               "Maksud kau?"
               "Your real name macam kat dalam IC kau, surat beranak kau." Dia masih juga binggung.
               "Nama perempuan kau." Bila aku berkata saja macam tu, dia terus ketawa terbahak-bahak. Orang di sekeliling kami mula memandang ke arah kami, aku pula cuba menutup muka ku dengan beg tangan ku. Malunya.
               "Macam mana kau tahu pula aku ni sebenarnya berjantina betina?" Pertanyaannya membuatkan aku tergelak juga sikit. Betina ya? Binatang kah dia ni?
                "Senang saja nak agak. Mana ada lelaki ada tangan secantik tangan kau and then, dulu masa sekolah menengah aku banyak tau kawan perempuan yang berkelakian macam kau so, senang nak baca kau ni perempuan asli kah atau tidak." Uh, panjang lebar aku menerangkan kat dia sampai dia pula semakin interesting. Eh, interesting dengan cerita aku kah atau dengan diri ku yang tak berdosa ni? Janganlah, aku tak sanggup kalau dia ni "Lesbian".
                 "No wonder lah. Kalau macam tu kau ni orang yang tak boleh kena tipu. Good, aku suka." Dia mula memuji ku bila keluar saja perkataan suka dari mulutnya aku memandang tajam ke arah dia sambil jari telunjuk ku menujuk ke arah mukanya.
                 "Jangan sesekali jatuh cinta dengan aku. Aku bukan les. Faham?" Uh, amaran keras tu. Dia tersenyum lalu jari ku disentuhnya.
                 "I'm not lesbian. Aku juga normal walaupun berpakaian macam ni." Dia berkata dan aku apa lagi menarik nafas lega. Nasiblah.
                 "Kau ni nak ke Johor jalan-jalan kah?" Dia mula bertanya.
                 "Tak, aku belajar kat sana."
                 "Belajar? Di mana?" Sekali lagi dia bertanya.
                 "Hm, Universiti X." Dengan bangga aku memberitahu dia. Dia pantas menyalam aku tanpa diundang. Apasal minah ni?
                 "Wah, aku pun study kat sana juga ni. Ternyata kita sama. Ambil course apa?" Begitu teruja minah ni sampai aku pun tergamam.
                 "Perakaunan." Singkat saja jawapannya. Sekali lagi dia menunjukkan muka terujanya.
                 "Aku pun. Kita samalah! Yeah, awal-awal lagi dah ada kawan."
                 Hm, baguslah awal-awal dah ada kawan. Macam biasalah, bila dah sampai kat Johor, macam urusan perlu dilakukan, pendaftaran lah dan akhir sekali pendaftaran bilik hostel. Nasib aku memang baik dapat satu bilik dengan minah ni dan ada 2 orang lagi room mate aku. Jeng, jeng! Nama mereka berdua Emmelyn dan Fathnie. Memang cute-cute lah mereka ni, ayu pula tu tak macam Miera, tomboy dan bilik tu macam biliknya sendiri pula. Tampal poster yang bukan-bukan dan yang paling melucukan tampal poster Lee Min Ho. Dia ni peminat Korea rupanya. Emmelyn ni sebenarnya ambil jurusan Banking dan Fathnie ambil jurusan Perniagaan. Ha, memang ngamlah dia ni jadi usahawan.

              *                                *                                       *                                              *

                  Sudah seminggu aku di Universiti ni, nasiblah aku cepat membiasakan diri.